Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for energy industry professionals · Thursday, June 27, 2024 · 723,496,738 Articles · 3+ Million Readers

BYD Mempersembahkan Portfolio Tenaga Baharu di The Smarter E Europe dan Meraikan 1 Juta Sistem BatteryBox Terpasang

/EIN News/ -- SHENZHEN, China dan MUNICH, June 22, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) --  BYD Co. Ltd. (HKSE: 1211), salah sebuah pengeluar bateri boleh dicas semula dan kenderaan elektrik terbesar di dunia mempamerkan penyelesaian tenaga boleh diperbaharuinya di "The Smarter E Europe" dari 19 hingga 21 Jun. Pameran di reruai B1.130, B1.131 menampilkan sistem penyimpanan tenaga BatteryBox terkini, BatteryMax Lite dan BYD MC Cube-T untuk aplikasi skala utiliti, komersil dan perindustrian. Pelawat boleh meneroka kenderaan elektrik BYD, "Seal" dan mengetahui tentang peranan BYD sebagai Rakan Kongsi E-Mobility rasmi untuk UEFA Euro 2024™.

Sejak penampilan sulungnya pada tahun 2015, siri BYD BatteryBox telah menjadi penyelesaian penyimpanan tenaga kediaman terkemuka di seluruh dunia, kini mempunyai lebih 1 juta pemasangan dengan rekod keselamatan yang sangat baik. Pada 19 Jun, jam 3:00 petang, BYD menganjurkan acara istimewa untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsinya. Yin Xiaoqiang, Pengurus Besar BYD Energy Storage, menyampaikan sijil dan hadiah seperti tiket akhir UEFA Euro 2024 dan sistem BatteryBox kepada pengedar dan pemasang. Portfolio penuh BYD BatteryBox Premium, termasuk model voltan tinggi HVS/HVM dan model voltan rendah LVL/LVS dipamerkan. Unit kawalan bateri (BCU) baharu untuk siri HVM dan HVS turut diperkenalkan, memudahkan pemasangan dengan menghapuskan keperluan untuk menanggalkan penutup bagi sambungan kabel.

Dilancarkan pada ees Europe 2024, BatteryMax Lite baharu direka untuk aplikasi komersial dan perindustrian, menawarkan penyelesaian boleh skala daripada 30kWj hingga 90kWj dan sehingga 5.76MWj dengan sambungan selari. Serasi dengan penyongsang daripada jenama seperti SMA dan GoodWe, BatteryMax Lite akan tersedia untuk pesanan awal mulai Ogos dengan penghantaran bermula pada lewat musim panas dan ketersediaan sistem di Eropah dijangka menjelang Oktober 2024.

Pada ees Europe 2024, BYD telah dianugerahkan pengiktirafan anugerah peringkat negara "Jenama Terkenal Penyimpanan PV Eropah 2024" dan "Jenama Terkenal Penyimpanan PV 2024" bagi beberapa pasaran Eropah termasuk Belgium, Jerman, Itali, Poland, Sepanyol, Austria dan UK. Anugerah tahun ini sekali lagi menilai BYD sebagai jenama terkemuka bagi sistem penyimpanan tenaga PV berdasarkan penilaian daripada pemasang dan pengedar di seluruh Eropah.

Jiang Feng, Pengarah Penyimpanan Tenaga Kediaman di BYD, menekankan kepentingan pasaran Eropah dan matlamat syarikat untuk menyediakan penyelesaian tenaga hijau. Perkongsian BYD bersama UEFA Euro 2024™ sejajar dengan mempromosikan penyelesaian tenaga dan mobiliti mesra alam.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati:

www.byd.com

www.bydenergy.com

www.batterybox.com

Maklumat hubungan: essmarketing@fdbatt.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/66a5ccab-1c68-42cb-bbeb-b8fc0862b882

Video yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ada7c6ac-1527-420a-ad1e-c8bf290074c0


Primary Logo

Powered by EIN News
Distribution channels: Energy Industry, Media, Advertising & PR ...


EIN Presswire does not exercise editorial control over third-party content provided, uploaded, published, or distributed by users of EIN Presswire. We are a distributor, not a publisher, of 3rd party content. Such content may contain the views, opinions, statements, offers, and other material of the respective users, suppliers, participants, or authors.

Submit your press release